Karnival Moh Gogar 2018

Pada 3~5 Ogos baru-baru ini kami telah mendaftar satu reruai (booth) dalam Karnival Keusahawanan Moh Gogar 2018 bertempat di KPM Beranang.

Sepanjang tiga hari tersebut, kami menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Salah satunya, percubaan menggunakan 3D pen secara PERCUMA. 3D pen digunakan bagi menghasilkan objek 3 dimensi mengikut kreativiti masing-masing. Bukan hanya kanak-kanak sahaja, bahkan dewasa juga boleh turut serta bersama.

Pengunjung juga dapat melihat proses percetakan 3D (3D printing process) secara langsung di samping menambah pengetahuan tentang percetakan 3D dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Selain itu, kami turut menerima tempahan rantai kunci (keychain) segera semurah RM2.

Alhamdulillah, karnival ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Terima kasih kerana sudi mengunjungi kami. Berjumpa kita di lain hari dan lain masa, in sha Allah.