Sesi Latihan & Penyerahan 3D Printer & Lasercut

Tarikh15 Julai 2019
TempatKolej Komuniti Temerloh, Pahang

Sesi Latihan & Penyerahan Mesin 3D Printer serta Lasercut diadakan di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang bagi menyampaikan pengetahuan asas 3D Printer dan Lasercut kepada tenaga pengajar di sana agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga Kolej Komuniti Temerloh. Dengan adanya mesin-mesin ini, ia dapat memudahkan tugasan serta urusan di samping menyahut cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 sebagaimana yang tertulis dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Ini membolehkan mereka menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam berhadapan dan menangani cabaran tersebut.