Reruai Booth di KIPMALL Senawang

Tarikh Pameran8 Februari 2020
TempatKIP Mall Senawang

Pelbagai model 3D dan pencetak 3D (3D printer) dipamerkan di reruai (booth) kami. Ramai pengunjung datang untuk menyaksikan sendiri proses percetakan. Selain itu, ramai juga tidak mengira usia mahupun lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak mahupun dewasa mencuba pen 3D secara percuma di reruai kami!

Keunikan bagi pameran reruai kami kali ini adalah robot kucing dan robot labah-labah yang “hidup” dan interaktif terhadap respons. Kerangka luar kedua-dua model ini diperbuat dan dihasilkan melalui proses percetakan 3D (3D printing).

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, pameran ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Nantikan kehadiran kami di lain tempat dan lain masa, in shaa Allah.